Ops Tapis Narkotik: Polis Sandakan Tahan Empat Lelaki Positif Dadah

photo 6327936950161050511 y 1

SANDAKAN: 23 Oktober 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan berjaya menahan empat lelaki dalam satu operasi khas bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di sekitar daerah Sandakan, pada rabu.

Menurut kenyataan BSJND IPD Sandakan, operasi yang dijalankan pada jam 10.30 pagi di kawasan Kampung Sungai Kayu, Batu 7, Sandakan itu merupakan sebahagian daripada Ops Tapis Narkotik yang diteruskan secara bersepadu di beberapa lokasi panas.

Pada jam 12.45 tengah hari, operasi susulan dijalankan di kawasan tepi Jalan Setinggan Kampung Bakau, Jalan Batu Sapi, di mana polis berjaya menahan dua lelaki masing-masing disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam operasi sama, dua lagi lelaki turut ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Kesemua suspek dibawa ke Pejabat BSJND IPD Sandakan untuk menjalani ujian saringan air kencing, dan hasil ujian mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine (Syabu).

Keempat-empat suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman menegaskan bahawa pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen pihak polis dalam membanteras jenayah dadah di daerah tersebut.

Polis Sandakan akan terus mempergiatkan usaha membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin, katanya.

Sumber: Polis Daerah Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal