Muzik Jadi Medium Baharu Kesedaran Pemuliharaan Penyu

photo 6320913858293337939 y

KOTA KINABALU: 24 Januari 2026 – Friends of Sea Turtles Education & Research (FOSTER) telah menganjurkan Konsert Mini & Ulasan Tahunan 2026 pada Jumaat bertempat di Kampung Budaya Mari Mari, dengan kerjasama platform muzik Sepilok Jazz, sebagai pendekatan baharu dalam menyampaikan mesej pemuliharaan penyu laut kepada masyarakat.

photo 6320913858293337937 w 1

Program tersebut menghimpunkan rakan kongsi, penaja, pemuzik, pengamal budaya, wakil media serta orang awam, selain menjadi medan untuk menelusuri pencapaian FOSTER sepanjang tahun lalu dalam usaha pemuliharaan penyu, pembangunan belia dan penglibatan komuniti.

photo 6320913858293337946 w
Tayangan Video dokumentari Sepilok Jazz

Penggabungan FOSTER dan Sepilok Jazz dibuat bagi memastikan mesej kesedaran alam sekitar dapat disampaikan secara lebih santai dan tidak membosankan, memandangkan pendekatan berbentuk ceramah serta penyampaian fakta semata-mata sering sukar menarik perhatian orang ramai. Justeru, muzik jazz digunakan sebagai medium alternatif yang mampu menghubungkan elemen hiburan dan pendidikan dalam satu pengalaman yang lebih berkesan.

Sepanjang program berlangsung, hadirin disajikan dengan tayangan video dokumentari yang merakam perjalanan serta impak FOSTER dan Sepilok Jazz sejak dilancarkan pada tahun 2022, termasuk usaha pemuliharaan penyu, pembangunan belia serta penglibatan komuniti.

photo 6318896009643233138 w
Penerangan FOSTER dan Sepilok Jazz dari Alexander Yee (Pengarah FOSTER)

FOSTER turut mengumumkan perancangan acara utama bagi tahun 2026, termasuk Bakat Sepilok Jazz 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mei 2026 di Sandakan dan 3 Mei 2026 di Kota Kinabalu, serta Sepilok Jazz Edisi ke-5 yang akan diadakan pada 4 dan 5 September 2026 di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok, Sandakan.

photo 6318896009643233134 w
Persembahan dari Ivan Hii,25 (kiri) dan Luqman Rozali,23 (kanan)

Pada malam yang sama, FOSTER turut memperkenalkan Duta Belia pertamanya, Ivan Hii, satu inisiatif baharu bagi memperkukuh peranan belia dalam menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar, seni dan pembangunan komuniti.

photo 6320913858293337959 w
Persembahan dari kumpulan SOULCUTZ

Acara tersebut diakhiri dengan konsert mini oleh kumpulan SOULCUTZ dari Australia, yang mempersembahkan muzik jazz dalam suasana menarik dan bertenaga, sekali gus menutup malam yang menggabungkan seni, budaya serta mesej pemuliharaan alam sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal