MSSM 2025: Atlet Beaufort Pecah Rekod Lempar Cakera

KANGAR: 22 Ogos 2025 – Atlet muda Sabah, Mohd Syahzwan bin William, mencatat sejarah apabila memecahkan rekod kebangsaan acara lempar cakera bawah 15 tahun pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ke-65 yang berlangsung di Perlis.

Dalam acara yang berlangsung pada hari ketiga temasya itu, Syahzwan, 15, pelajar SMK Beaufort, mencatat lontaran sejauh 62.81 meter, sekali gus mengatasi rekod lama 58.78 meter yang dipegang Jonah Chang dari Sarawak.

Anak jati Beaufort itu dibimbing oleh jurulatih Coach Paul Kenneth Tay dan tampil cemerlang dalam percubaan keduanya untuk memastikan pingat emas milik kontinjen Sabah.

Kejayaan ini menambah koleksi pencapaian kontinjen Sabah dalam MSSM 2025, sekali gus mengukuhkan reputasi negeri itu sebagai pencetus bakat baharu olahraga peringkat kebangsaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal