Mohammadin akur, bertemu dengan calon ‘orang luar’
LAHAD DATU: Pernah marah dan tidak puas hati dengan keputusan pucuk pimpinan parti BN, akhirnya bekas Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohammadin Ketapi, bertemu jua dengan calon baru kerusi Lahad Datu.
Mohammadin kini akur dengan pucuk pimpinan yang tidak menamakannya semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-15. Malah bersedia bekerjasama dengan calon BN Datin Maizatul Akmam Binti Alawi untuk memastikan kemenangan milik kerusi BN-GRS.
Beliau menyuarakan rasa tidak puashati dengan pemilihan calon BN itu yang dikatakan ‘orang luar’ tetapi akhirnya memutuskan untuk bekerjasama dengan calon BN itu dalam pertemuan empat mata di pejabatnya di Jalan Asam pada petang khamis.
Datin Maizatul dengan rasa rendah hati menyantuni pemimpin veteran itu dan menjelaskan beberapa perkara termasuk isu ‘calon luar’ yang disuarakan oleh Datuk Mohammaddin Ketapi sebelum ini.
Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Datuk Juhari Janan selaku wakil Perhubungan UMNO Negeri dan beberapa pemimpin BN di pejabat wakil rakyat Segama itu.
Mohamadin berkata, beliau akan memberi sokongan yang padu kepada calon BN itu dan sedia menggerakkan jentera parti sepanjang kempen berlangsung.
– Tv Sabah News
0 Comments