MINDET bantu usahawan Sabah ke pasaran Singapura – Ewon

MINDETb

SINGAPURA: 24 Januari 2026 – Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET) komited membantu syarikat dan usahawan Sabah mengembangkan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran Singapura.

Menteri MINDET, Datuk Ewon Benedick berkata, setakat Disember 2025, hanya 261 syarikat dari Sabah daripada 12,747 syarikat perusahaan Malaysia, yang berdaftar dengan Malaysia External Traded Development Corporation (MATRADE) Singapura.

Ewon menekankan kepentingan peningkatan keupayaan pengeluaran, kualiti, serta pematuhan piawaian produk dan perkhidmatan sebagai langkah kritikal ke arah penskalaan perusahaan selaras dengan Wawasan Sabah First.

“Saya mahu melihat lebih banyak syarikat Sabah, termasuk syarikat pemula (start-ups), dibangunkan supaya mampu menghasilkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi standard pasaran antarabangsa, termasuk di Singapura,” katanya selesai kunjungan ke MATRADE Singapura, kelmarin.

Dalam lawatan yang sama, Ewon turut berkunjung ke pejabat Malaysian Investment Development Authority (MIDA) Singapura.

Jelasnya, Singapura merupakan hab ribuan syarikat multinasional, justeru menghargai kerjasama MIDA dan STTOS dalam mempromosikan pelaburan ke Sabah.

Menurutnya lagi, MINDET melalui STTOS akan menganjurkan Sabah Trade & Investment Forum pada bulan Ogos, sekali gus menjemput MIDA Singapura untuk turut serta. MINDET dan STTOS perhebatkan lagi usaha mempromosi Sabah sebagai destinasi pelaburan dan perusahan, termasuk menganjurkan Sabah Business Trip dengan kerjasama Singapore Business Federation (SBF).

Ewon turut mengadakan kunjungan ke Singapore Cooperation Enterprise (SCE) yang mempunyai kolaborasi strategik dengan Kerajaan Negeri Sabah.

Mengenai  rancangan SCE menganjurkan Business Trip Program ke Sabah tahun ini, Ewon syorkan SCE menyertai Sabah International Expo 2026.

Selain itu, lawatan ke SCE bertujuan untuk mempelajari amalan terbaik dalam memudahkan urusan perniagaan, terutamanya melalui pembangunan platform tunggal.

Menurutnya, inisiatif sedemikian wajar dalam usaha memerpkukuh ekosistem keusahawanan dan meningkatkan kemudahan urus niaga perniagaan di Sabah, sekaligus menyokong pertumbuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal