PENAMPANG: 29 Mei 2025 – Mike Melvin Lee Larry, wakil Randawi Tavantang Kaamatan (RTK) Ranau, telah muncul sebagai pemenang dalam pertandingan Buvazoi Tavantang Kaamatan peringkat Sabah 2025 yang diadakan di Hongkod Koisaan berhampiran sini pada hari Khamis.
Beliau memenangi hadiah bernilai RM122,859 yang merangkumi wang tunai RM10,000; selempang eksklusif RTK, trofi, sijil, barangan kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan pergigian, penginapan di resort, lawatan ke Bali dan Korea Selatan, biasiswa dari North Borneo University College (NBUC) untuk pengajian Sarjana/PhD dan lain-lain.
Pemenang tempat kedua, RTK Byran Soo yang mewakili Bandaraya KK, memenangi hadiah bernilai RM70,789 yang merangkumi wang tunai RM5,000, selempang eksklusif RTK, sijil, barangan kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan pergigian, penginapan di resort, lawatan ke Bali, biasiswa NBUC untuk program Sarjana/PhD dan lain-lain.
Pemenang tempat ketiga, RTK Arnold Jaideh dari Kota Belud, turut memenangi hadiah lumayan bernilai RM64,106 yang merangkumi wang tunai RM4,000, trofi, selempang eksklusif RTK, sijil, biasiswa NBUC untuk program Sarjana/PhD, penginapan di resort, barangan kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan pergigian dan lain-lain.
Pemenang hadiah tempat keempat hingga ketujuh ialah RTK Fachai Sikana (Nabawan), RTK Reccarlo Divan Rex (Matunggong), RTK Stephen Sibir Junio (Penampang) dan RTK Macknouel Munis (Putatan).
RTK Penampang, Stephen Sibir Junio, turut memenangi hadiah tempat pertama bernilai RM500 tunai bagi gelaran Totu Kaanangan (Pilihan Penonton), diikuti RTK Bandaraya KK Bryan Soo yang memenangi RM300, dan RTK Putatan Macknouel Munis yang memenangi RM200.