MFA dan SAFA bincang aplikasi Tamubola (AI) bola sepak moden

38f1fa1a b640 48d8 9c5d 4606756167bf

KOTA KINABALU : 2 Februari 2026 — Tamubola merupakan sebuah platform latihan yang diintegrasikan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem pengurusan pintar bagi menyokong ekosistem pembangunan bola sepak moden.

Aplikasi itu merangkumi sistem latihan berstruktur, pendaftaran dan pendataan pemain, pembinaan profil individu, pemantauan prestasi, serta pengurusan kelab dan akademi secara menyeluruh.Ia disasarkan untuk menjadi platform sokongan utama dalam program pembangunan akar umbi di peringkat komuniti dan akademi.

Demikian penjelasan dalam kenyataan media Musketeers Football Academy (MFA) yang telah bersama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) membincangkan kerjasama strategik dalam pembangunan bola sepak akar umbi Sabah pada 29 Januari lalu.

Delegasi MFA diketuai Presidennya, Hardy Pudar, manakala SAFA diwakili Setiausaha Agung, Tuan Shamsuddin Mohd Shah, bersama beberapa pegawai kanan persatuan.

Kunjungan ini telah disambut oleh wakil kepimpinan SAFA yang diketuai oleh Tuan Shamsuddin bin Mohd Shah (Setiausaha Agung), bersama Datuk Razak Sulaiman (Ahli Majlis Tertinggi), David Wisdom (Setiausaha Eksekutif) serta En Ronny Asmadul (Pembangunan Akar Umbi).

Selain pembentangan itu, MFA memohon sokongan SAFA dari segi pengiktirafan teknikal, khidmat nasihat profesional dan peluang pelaksanaan projek perintis pada peringkat awal.

Sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif tersebut, SAFA turut menaja 22 set jersi lengkap serta 10 biji bola latihan kepada Musketeers Football Academy.

Mereka berharap kunjungan itu dapat memperkukuh pembangunan bola sepak akar umbi Sabah secara lebih tersusun dan berdaya saing pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal