KOTA KINABALU: 28 Mac 2026 – Senator Patricia Poh dilantik sebagai Presiden Association of JCI Senator in the South East Asian Nations (ASSEAN) Inc. menggantikan Senator Theodore Q. Garcia di Majlis Makan Malam Perlantikan, Ballroom Sheraton, semalam.
Patricia dalam ucapannya berkata, pengasas, terutamanya dari Malaysia dan Filipina, sering bertemu di persidangan dan perhimpunan perniagaan BIMP-EAGA seawal tahun 1990. Ia bermula dari hubungan professional kemudian berkembang menjadi persahabatan kekal, jaringan perniagaan, dan pergaulan.
“Ia berkembang dari BIMP-EAGA ke rantau ASSEAN yang lebih luas, dan dari ikatan tersebut, Pesatuan ini lahir sedekad kemudian. Visi mereka jelas – untuk mewujudkan bukan sahaja rangkaian, tetapi komuniti yang berasaskan persahabatan yang saling mempercayai, persahabatan yang menyeronokkan, kolaborasi, dan pertumbuhan bersama.
“Tema saya untuk penggal ini, “Memperkukuh Persahabatan, Memajukan ASSEAN” mencerminkan tanggungjawab kita untuk menghormati warisan ini dan membina di atasnya,” ujarnya.
Jelasnya, memperkukuh persahabatan bermaksud memperdalam hubungan yang meyatukan mereka merentasi sempadan, budaya, dan generasi. Ia bermaksud mewujudkan peluang untuk penglibatan, dan hubungan tulen; dan, menjadi sukarelawan dan mengambil bahagian dalam program.
Sementara itu katanya, memajukan ASSEAN bererti seruan untuk bergerak maju dengan tujuan, “harus terus berkembang, kekal relevan, dan meluaskan impak,” termasuk meningkatkan program dan menyediakan platform untuk ahli serta memperkukuh hubungan perniagaan di rantau ini dan seterusnya.
Sebagai Presiden wanita pertama, Patricia menyedari beliau melangkah dalam peranan yang mendapat pengharapan tinggi, di mana tradisi sudah mantap, dan di mana setiap langkah ke hadapan mungkin diperhatikan dengan teliti.
“Ini juga bermaksud menavigasi persepsi, memecahkan halangan senyap, dan membuktikan – melalui tindakan dan bukannya kata-kata – bahawa kepimpinan ditakrifkan bukan oleh jantina, tetapi oleh komitmen, keupayaan, dan hati. Saya menerima ini dengan rendah hati dan keazaman, mengetahui bahawa saya disokong oleh komuniti yang kuat dan visi yang dikongsi bersama,” katanya.
Patricia menekankan bahawa, kepimpinan adalah tentang perkhidmatan, dan sokongan para ahli adalah kekuatan Persatuan, “Bersama-sama dengan perpaduan dan komitmen, kita boleh membina Persatuan yang bukan sahaja lebih kuat, tetapi lebih memberi impak dan bersedia untuk masa depan.”
Beliau menyeru mereka menghormati pengasas, meneruskan apa yang mereka telah mulakan dengan semangat, matlamat dan komitmen, serta memperkukuh persahabatan, memajukan Persatuan, dan membina warisan yang memberi inspirasi kepada generasi akan datang.
