MCMC Siasat Kes Penyebaran Visual Memijak Al-Quran

photo 2026 03 12 16 10 35

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran visual di media sosial yang memaparkan seorang individu memijak Al-Quran, yang tular di platform Threads dan Facebook.

Menurut MCMC, perbuatan tersebut bukan sahaja menghina agama Islam tetapi juga berpotensi mencetuskan ketegangan dan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Semakan awal mendapati hantaran asal telah dipadam, manakala akaun yang dipercayai menggunakan nama “Dickie Borneo” kini tidak dapat dikesan.

Pemantauan lanjut turut menemui beberapa hantaran lain yang mengandungi unsur penghinaan agama oleh individu sama dalam kumpulan media sosial. Semua kandungan berkaitan telah disimpan sebagai bahan bukti untuk tujuan siasatan.

MCMC bekerjasama rapat dengan platform media sosial bagi mendapatkan maklumat pemilik akaun berkenaan, selain menjalankan siasatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan tindakan tegas diambil dengan segera.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan semula kandungan tersebut kerana ia boleh menimbulkan ketegangan dan menjejaskan ketenteraman awam.

Sumber: Suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal