Mayat nelayan ditemui hanyut 71 kilometer, rakan selamat

photo 6107141078134754517 y

PAPAR: 20 Februari 2026 – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika memukat di perairan Pantai Manis berakhir pada Khamis apabila seorang dari mangsa ditemui meninggal dunia, manakala seorang lagi selamat.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.44 pagi, 16 Februari lalu berhubung kejadian di Kampung Kuala, Papar. Seorang mangsa, Primus Ujim, 52, ditemui selamat pada hari kejadian.

Bagaimanapun rakannya, Saimon Ongit, 60, gagal dikesan sehingga operasi SAR memasuki hari keempat melibatkan pencarian sepanjang pesisir dari Kampung Bundusan hingga Muara Pengalat.

Pada jam 3.20 petang, 19 Februari 2026, keluarga memaklumkan mangsa kedua ditemui orang awam berhampiran Pantai Kampung Sangkabok, kira-kira 71 kilometer dari lokasi asal, sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sabah Revolusi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal