KOTA MARUDU: 20 Februari 2026 – Situasi di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Tandek 2 dilaporkan berada dalam keadaan terkawal setakat hari ini susulan kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah Kota Marudu.
Menurut APM Kota Marudu, mangsa yang terjejas telah dipindahkan dan ditempatkan dengan selamat di pusat berkenaan bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mereka terus terjaga.

Pihak berkuasa turut meneruskan operasi pemantauan secara berkala dari semasa ke semasa bagi memantau perkembangan situasi dan keperluan mangsa.
Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa, mematuhi arahan pihak berkuasa serta membuat persediaan awal sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.
Sumber: APM Kota Marudu
