Mangsa Banjir di Sabah Meningkat kepada 3,617

IMG 0495

Beaufort: 26 Februari 2026 – Jumlah mangsa banjir di seluruh Sabah terus meningkat kepada 3,617 orang membabitkan 1,265 ketua isi rumah, yang kini ditempatkan di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) merangkumi lima daerah terjejas.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBN), sebanyak 146 kampung dilaporkan terjejas akibat hujan lebat dan limpahan air di beberapa daerah sejak beberapa hari lalu. 

photo 2026 02 26 17 05 06

Beaufort mencatat peningkatan ketara berbanding laporan awal pagi tadi, yang merekodkan 945 mangsa dari 291 keluarga.

Di Beaufort, pusat pemindahan seperti Pusat Pemindahan Kekal Selagon dan PPS Dewan DUN Banir menempatkan mangsa dari 58 kampung terjejas. 

Daerah Tenom turut merekodkan angka tinggi dengan 1,848 mangsa, diikuti Sipitang, Membakut dan Sook, yang terus mengalami perubahan jumlah mangsa mengikut perkembangan semasa di lapangan.

Sementara itu, bencana banjir di Pitas dilaporkan pulih sepenuhnya selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing berdasarkan penilaian agensi berkenaan.

JPBN menasihatkan masyarakat agar sentiasa memantau perkembangan cuaca dan mengikuti arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.

Sumber: Jabatan Penerangan Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal