LONDON, United Kingdom: Mahkamah tertinggi UK hari ini (Selasa) memulakan pendengaran untuk menentukan samada pinjaman kereta yang menjadi kontroversi itu menyalahi undang-undanga atau tidak, yang mana mungkin akan menelan belanja berbilion pound kepada bank untuk pembayaran pampasan.
Bank-bank yang terlibat memberi pinjaman membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan November lalu bahawa, adalah satu kesalahan di sisi undang-undang sekiranya para pengedar kereta menerima komisen ke atas pinjaman tanpa pengetahuan atau pemakluman sepenuhnya kepada peminjam.
Dianggarkan bahawa berjuta-juta pemandu yang juga adalah peminjam, layak menerima pampasan mendapat menfaat sekiranya Mahkamah menyebelahi mereka dalam pendengaran selama tiga hari tersebut.
Selama 14 tahun, bermula dari tahun 2007, para pemberi pinjaman telah mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi sebagai alasan untuk memberi komisen yang lebih tinggi kepada para pengedar.
Pengawal selia kewangan Britain telah menetapkan bahawa komisen tersebut menyalahi undang-undang.
Mahkamah Agung akan mempertimbangkan dua kes iaitu terhadap pemberi pinjaman Afrika Selatan, bank FirstRand, dan satu kes terhadap bank British, Close Brothers.
Sebagai persediaan kepada keputusan itu, bank-bank British telah memperuntukkan sejumlah besar wang, antaranya Lloyds Bank yang telah memperuntukkan hampir £1.2 bilion (RM6.877 bilion).
Kumpulan pengguna Which! menganggarkan ia menyebabkan bank menangung kos sehingga £16 bilion (sekitar RM91.6 bilion), sementara itu bebeapa penganalisis lain menjangkakan jumlah yang lebih tinggi, antaranya pihak HSBC yang menganggarkan ia boleh mencecah £44 bilion (sekitar RM252.25 bilion).
Sementara itu anggaran angka tertinggi dijangka menyamai kesan yang berlaku ke atas Insuran Perlindungan Pembayaran (Payment Protection Insurance – PPI) yang menurut penganalisis, ia salah satu skandal pengguna termahal di Britain.
Di tengah kebimbangan kesan ekonomi, kerajaan UK telah membuat percubaan untuk campurtangan dalam kes itu awal tahun ini tetapi gagal.
Penganalisis berkata kerajaan mungkin bimbang tentang impak ke atas kesediaan bank untuk menyediakan kredit pada masa keadaan ekonomi yang masih tidak menentu.
Walaupun pendengaran itu dijadualkan berakhir pada hari Khamis, penghakiman tidak dijangka berlaku sehinggalah ke musim panas.
Pihak Berkuasa Kelakuan Kewangan (Financial Conduct Authority), yang telah mengharamkan komisen yang tidak didedahkan (undisclosed commissions) pada tahun 2021, merancang untuk menunggu penghakiman sebelum memutuskan untuk memulakan program pampasan automatik. – AFP