Madius Tangau Calon PH Parlimen Tuaran
Mohd Syukrie Johary
TUARAN: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tuaran memberi kepercayaan kepada kepercayaan kepada presiden Parti Pertubuhan Progresif Kinabalau Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) ini.
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas sebagai persiapan jentera parti dalam menghadapi PRU15.
Ketua Cabang PKRTuaran, Razeef Rakimin berkata, PKR Tuaran akur keputusan pucuk pimpinan parti itu menyerahkan kerusi Parlimen Tuaran untuk ditandingi Madius yang juga penyandang kerusi itu lebih dua penggal.
“KEADILAN Tuaran maklum bahawa Pakatan Harapan (PH) menyerahkan kerusi Parlimen Tuaran untuk dipertahankan penyandangnya,Madius pada PRU15 nanti.
“Justeru, PKR Tuaran akan mengarahkan sepenuhnya jentera parti itu untuk memastikan kemenangan calon PH itu,” katanyadalam satu kenyataan di sini hari ini.
UPKO adalah parti gabungan PH.Razeef berkata, PKR Tuaran menolak dakwaan menyatakan parti cabang itu menolak Madius sebagai calon PH daripadaUPKO.
Sehubungan itu, katanya, perbincangan parti antara rakan gabungan PH terdiri UPKO, AMANAH dan DAP akan diadakanmemastikan tugasan jentera dapat disusun dengan baik.
– TV Sabah News
0 Comments