Lima Lelaki Positif Dadah Ditahan

photo 2026 02 02 13 36 31

SANDAKAN: 1 Februari 2026 — Lima lelaki ditahan selepas didapati positif dadah dalam beberapa operasi berasingan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di sekitar daerah ini, lewat malam Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman, Ops Tapis Narkotik kira-kira jam 11 malam di Kampung Sulaiman, Batu 8 membawa kepada penahanan dua lelaki kerana disyaki memiliki methamphetamine dan memasukkan dadah ke dalam tubuh badan.

Ujian air kencing mengesahkan kedua-duanya positif methamphetamine dan amphetamine sebelum ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditempatkan di lokap IPD Sandakan.

Pada hari sama, Ops Pusat Hiburan di premis sekitar Batu 6 dan Batu 4 melibatkan pemeriksaan terhadap 15 individu terdiri dari tujuh lelaki dan lapan wanita, namun semuanya negatif dadah dan dibebaskan.

Sementara itu, tiga lagi lelaki turut ditahan selepas ujian saringan di pejabat BSJN IPD Sandakan mendapati mereka positif methamphetamine dan amphetamine sebelum ditahan mengikut seksyen sama.

Sumber: Polis Daerah Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal