Lelaki warga asing suspek curi pakaian dalam wanita ditahan

Gambar Mencuri Pakaian Dalam

TAWAU: 22 Julai 2026 – Seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an ditahan polis pada 22 Julai selepas disyaki mencuri beberapa helai pakaian dalam wanita yang dijemur di sebuah rumah di Kampung Haji Matahir, awal bulan ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt berkata, siasatan dijalankan selepas seorang lelaki berusia 47 tahun membuat laporan di Balai Polis Bombalai apabila mendapati pakaian dalam milik isterinya yang dijemur di luar rumah dilaporkan hilang.

Bertindak atas laporan itu, polis menjalankan risikan sebelum menahan suspek kira-kira jam 10.30 malam semalam di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan.

Gambar Lelaki mencuri pakaian dalam
Lelaki warga asing yang ditahan mencuri pakaian dalam wanita. Foto – PDRM Tawau

Hasil siasatan awal membawa kepada penemuan beberapa barangan yang dipercayai berkaitan dengan kes itu. Polis merampas beberapa helai pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah suspek dan di kawasan semak berhampiran, selain sehelai baju berwarna hijau dan sebuah songkok hitam yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meningkatkan tahap keselamatan di kawasan kediaman dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada polis untuk membantu usaha pencegahan jenayah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal