Polis Rampas 19 Botol Air Ketum di Ranau

photo 6300557706175123344 y

RANAU: 19 Januari 2026 — Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ranau menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun selepas menemui 19 botol berisi air ketum dalam satu serbuan di sebuah kampung di daerah tersebut pada petang Ahad.

Tangkapan dilakukan kira-kira jam 6.50 petang selepas sepasukan anggota BSJN IPD Ranau menjalankan pemeriksaan di rumah suspek, yang dipercayai terlibat dalam aktiviti memproses minuman ketum.

Suspek yang merupakan seorang penganggur ditahan selepas polis memperkenalkan diri sebelum pemeriksaan dijalankan.

Hasil pemeriksaan menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memasak air ketum, termasuk tong gas, dapur masak, periuk, bekas polisterin putih serta sebuah tong plastik berwarna kuning.

Semua barangan rampasan dibawa ke IPD Ranau untuk tindakan lanjut dan Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sumber: Polis Daerah Ranau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal