Lelaki Purak Ogis mandi, hilang dan ditemui lemas

IMG 20260408 WA0049

KOTA BELUD: 8 April 2025 – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di sungai di Kampung Purak Ogis Supuan ditemukan meninggal dunia pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mangsa, Fernandez Anak Sawing @ Andin, 33, dijumpai orang awam kira-kira jam 6.30 pagi di kawasan sungai, kira-kira 2.1 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elgie Bakuk berkata dalam kenyataan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.12 petang semalam.

“Sepasukan enam anggota digerakkan ke lokasi sejauh 25 kilometer dari balai untuk menjalankan operasi SAR di sekitar sungai dengan bantuan penduduk kampung.

“Usaha pencarian pada hari pertama tidak berhasil sebelum operasi dihentikan sementara pada jam 8.15 malam disebabkan keadaan cuaca,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi disambung semula pagi tadi sebelum mangsa ditemukan oleh orang awam.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan dibawa keluar oleh pasukan penyelamat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.35 pagi selepas pihak bomba memastikan keadaan di lokasi selamat.

Sumber: info x

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal