PENAMPANG: 15 Januari 2026 — Seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun maut selepas tercampak keluar dari sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang terbabas di Jalan Papar Lama, berhampiran Kem Lok Kawi, Putatan, pada petang 14 Januari.
Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Bin Newton, kemalangan berlaku sekitar jam 6 petang apabila kenderaan yang dipandu seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun bersama tiga penumpang lelaki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Kenderaan itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan, menyebabkan penumpang hadapan berusia 69 tahun tercampak keluar dan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu serta dua penumpang lain tidak cedera,” katanya.
Pemandu 4WD tersebut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Polis Daerah Penampang
