Lelaki Ditahan Bersama Syabu Bernilai RM1,250 di Putatan

photo 2025 10 28 17 02 42

PUTATAN: 28 Oktober 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar daerah Putatan.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis menemui dua bungkusan lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine (syabu) dengan berat keseluruhan 8.21 gram dan dianggarkan bernilai RM1,250 dalam simpanan suspek.

Hasil ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun serta sebatan tidak kurang tiga kali, dan Seksyen 15(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Polis menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau dadah kepada balai polis berhampiran bagi membantu usaha membanteras penyalahgunaan bahan terlarang di daerah ini.

Sumber: Polis Daerah Penampang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal