TAWAU: 2 Oktober 2025 – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian menetak seorang mangsa lelaki di kawasan Tanjung Batu, di sini semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan akibat ditetak individu tidak dikenali sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tawau. Laporan polis turut dibuat berhubung insiden berkenaan.
Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau menjalankan operasi dan berjaya menahan suspek di kawasan Hospital Tawau.
Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sumber: Polis Daerah Tawau