Lelaki 22 Tahun Maut Tertimbus Tanah Sedalam Tiga Meter

ums

KOTA KINABALU: 6 September 2025 – Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas tertimbus runtuhan tanah sedalam tiga meter ketika melakukan kerja menggali dan menanam paip di kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.45 tengah hari kemarin.

Seramai 12 anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi sebelum tiba pada jam 2.03 petang.

Pemeriksaan mendapati mangsa tertimbus sepenuhnya dalam runtuhan tanah ketika kerja pemasangan paip dijalankan.

Pasukan penyelamat segera menggali tanah bagi mengeluarkan mangsa dan berjaya dibawa naik menggunakan pengusung selepas beberapa minit operasi dijalankan.

Pemeriksaan pegawai perubatan yang berada di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebaik sahaja dikeluarkan dari timbunan tanah.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat.

Operasi menyelamat itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.50 petang selepas semua kerja penggalian selesai dilakukan.

Sumber: Buletin Tv3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal