KOTA KINABALU: 17 Februari 2026 – Lebih 10,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh kerajaan negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Majlis tersebut diserikan oleh Ketua Negeri Tun Musa Aman dan isteri beliau, Toh Puan Faridah Tussin, bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Tun Musa dan Hajiji yang ditemani oleh Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan, Datuk Jafry Arifin kemudian memimpin upacara memukul gendang untuk menandakan pembukaan rumah terbuka tersebut.
Tun Musa dan Hajiji serta tetamu jemputan lain turut melakukan acara tradisi Tahun Baharu Cina menggaul Yee Sang.
Tetamu dihiburkan dengan pelbagai persembahan artis-artis tempatan dan kumpulan-kumpulan tarian.
