Lau kempen di kampung lamanya

SANDAKAN: Lau Chi Keong menyifatkan lawatannya dalam kempen mesra di Kampung Melayu Bumiputera (Sim-Sim) Jambatan 1 hingga 6 disini, pada Isnin seperti balik semula ke kampung halaman.
Lau atau Thomas Lau, calon GRS bagi kerusi Sandakan, mengimbas kenangan beliau ketika berkempen di sana di mana dia pernah tinggal di Jambatan 1 yang dikenali Kampung Pisang di kampung itu, lebih 50 tahun lalu ketika dia masih bersekolah.
Lau, anak jati Sandakan, bertemu penduduk di sana termasuk sahabat lama beliau, Kassim Abdullah yang pernah bekerja bersamanya lebih 30 tahun lalu, dimana ketika itu Lau bertugas sebagai pegawai operasi di Majlis Perbandaran Sandakan.
Seorang lagi penduduk di Jambatan 2 kampung yang sama, Rosni Abdullah, yang mengenali kakak Lau juga memberitahu mengenali calon itu.
Dalam progam itu, Lau juga berkesempatan bertemu beberapa nelayan di kampung berkenaan. Lau adalah naib presiden Parti Maju Sabah.
– Tv Sabah News