Lagi kes buli di Sabah: Pelajar Tingkatan Dua Jadi Mangsa Buli Senior kerana Lewat masuk Asrama

KOTA KINABALU: 13 September 2025 – Seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Limauan, dekat Kinarut menjadi mangsa buli pelajar senior kerana lambat masuk ke bilik asrama.

Mangsa cedera selepas ditendang di perut, ditampar di pipi dan ditumbuk di hidung oleh seorang pelajar Tingkatan Empat dalam kejadian yang berlaku pada 7 September lalu.

Pada malam sama, dia turut dipaksa menggosok baju oleh seorang pelajar Tingkatan Tiga.

Ibu mangsa yang berusia 42 tahun hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh seorang guru sekolah.

Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar pada 9 September, sebelum hadir ke IPD Kota Kinabalu untuk membuat laporan kedua.

Peguam mewakili keluarga, Nurshalilah Fauzan Mailin, berkata insiden berunsur buli itu berlaku sekitar jam 11 malam di sekolah berkenaan.

Beliau percaya pihak IPD Papar sedang menjalankan siasatan, namun dalam beberapa hari kebelakangan ini terdapat usaha untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik antara ibu bapa pelajar terbabit dengan anak guamnya.

Nurshalilah menegaskan sekiranya kes itu diselesaikan tanpa tindakan undang-undang, kejadian buli akan terus berulang dan pelajar yang melakukan kesalahan tidak akan dikenakan sebarang tindakan.

Sumber: Buletin Tv3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal