Label “Muslim Choice” Bukan Pengiktirafan Halal Rasmi – JAKIM

photo 2025 11 03 15 03 44

PUTRAJAYA :3 November 2025 — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan bahawa label “Muslim Choice” yang diperkenalkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim Friendly Watch (MFW) bukanlah satu bentuk pengiktirafan halal rasmi kerajaan.

JAKIM dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan MFW pada 23 Ogos 2024 dan menasihatkan agar penggunaan label tersebut dihentikan kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna Muslim.

Namun, jabatan itu menerima maklumat bahawa label berkenaan masih digunakan pada beberapa produk dan premis.

Penggunaan sebarang istilah atau logo yang boleh memberi gambaran status halal, jika tidak dikeluarkan oleh JAKIM atau pihak berkuasa agama negeri, berpotensi mengelirukan masyarakat.

JAKIM menegaskan bahawa hanya dua pihak berkuasa diberi kuasa mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia, iaitu JAKIM sendiri dan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN).

Jabatan itu turut mengingatkan semua pengusaha agar tidak menggunakan sebarang logo, simbol atau istilah yang menyerupai pengesahan halal tanpa kebenaran rasmi, kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

JAKIM menzahirkan komitmen untuk terus memelihara integriti halal di Malaysia dan menyeru semua pihak merujuk kepada pihak berkuasa yang sah bagi tujuan semakan atau permohonan status halal.

Sumber: FB- Bahagian Dakwah, Jakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal