Kuarters klinik musnah dalam kebakaran di Tongod

photo 2026 02 23 12 22 57

KINABATANGAN: 23 Februari 2026 – Sebuah rumah kuaters Klinik Kesihatan Tongod, sebuah rumah kampung dan sebuah kenderaan musnah dalam kebakaran di Tongod sekitar jam 2:30 pagi, hari ini.

Dalam kejadian itu, rumah kuarters dua pintu berkeluasan 40 x 60 kaki yang menempatkan kakitangan klinik terbakar 100 peratus. Sebuah rumah tidak kekal milik penduduk kampung mengalami kerosakan antara 20 hingga 25 peratus, manakala sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max rosak kira-kira 10 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Utoh, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.40 pagi sebelum menggerakkan enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian sejauh 172 kilometer.

Operasi pemadaman turut dibantu empat anggota Pasukan Bomba Sukarela Saguon.

Api berjaya dikawal pada jam 6.48 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.58 pagi selepas pemeriksaan lanjut mendapati tiada lagi risiko bahaya di kawasan berkenaan.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu. Difahamkan, kuarters berkenaan dihuni enam individu, manakala rumah berhampiran didiami lima penduduk.

Sumber: info x

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal