Krismas Sabah 2025 lambang perpaduan dan keharmonian – Ewon

photo 2025 12 17 11 34 51

KOTA KINABALU: 16 Disember 2025 – Sabah Christmas Celebratioan 2025 yang bererti Perayaan Krismas Sabah 2025 mulai berlangsung pada jam 7.45 malam semalam di Padang Merdeka Kota Kinabalu, dengan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sabah Christmas Celebration, Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, “Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah 2025 lambang perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri Sabah.”

photo 2025 12 17 11 34 55
Gimik Perasmian

Majlis disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Ewon yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan berkata, Kerajaan Negeri Sabah mengangkat sambutan Krismas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC) sebagai sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah.

“Sesuai dengan tema, “Pengharapan Damai Dalam Kasih”, saya ingin mengajak semua kita untuk terus memupuk semangat kekitaan, kebersamaan, perpaduan, perdamaian, keharmonian dan kerjasama sesama rakyat Sabah.

photo 2025 12 17 11 34 42
Acara Malam Cahaya Krismas Powered by Maxis

“Tema ini juga cerminan identiti kita sebagai masyarakat yang mendukung nilai kasih, hormat menghormati dan menghargai anugerah ciptaan Tuhan,” ujarnya.

“Dengan semangat kasih sesama kita, sudah tentunya pucuk kepimpinan dan rakyat jelata dapat bersatu merencana agenda kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pembangunan infrastruktur sesuai dengan wawasan Sabah First,” tambahnya.

photo 2025 12 17 12 08 05
Contoh Gerai makanan sepanjang sambutan krismas Sabah

Selain itu katanya, konsep terbuka itu turut memberi peluang kepada usahawan kecil dan penjaja tempatan menjana pendapatan, termasuk penyediaan juadah untuk program Jamuan Rakyat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada SCC dan DBKK selaku penganjur utama sambutan selama empat hari bermula 16 hingga 19 Disember, dan kepada semua agensi-agensi kerajaan, rakan-rakan industri, komuniti gereja, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para sukarelawan, pihak media serta para penaja yang telah memberikan komitmen tinggi menjayakan penganjuran Krismas hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal