KOTA MARUDU: 20 Februari 2026 – Keadaan banjir di beberapa kawasan di Kota Marudu diisytiharkan sebagai bencana yang berkuat kuasa pada jam 6 pagi tadi oleh Pegawai Daerah merangkap Pengerusi JPBD Kota Marudu, Meirin Binti Sugara.
Pengisytiharan dibuat selepas menerima laporan agensi tindak balas JPBD yang mendapati beberapa kawasan terjejas susulan hujan berterusan dan peningkatan paras air.
Susulan itu, semua agensi berkaitan digerakkan bagi memantau keadaan, melaksanakan pemindahan jika perlu dan memastikan keselamatan penduduk.
Orang ramai di kawasan berisiko diminta berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Sumber: Pegawai Daerah Kota Marudu
