Kompleks Sukan Membakut Dalam Rancangan Malaysia Ke-13

9557c515 ba75 4fee 8c85 4a115ab78814 C743D1C3 04C8 4EE0 A37B B6B7FB5199FE

KOTA KINABALU: 20 Julai 2026 – Kerajaan Negeri Sabah merancang membina sebuah Kompleks Sukan di daerah Membakut di bawah projek pembangunan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13), kata Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (MYSpaCE), Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Dr. Daud bin Yusof pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang berlangsung di sini hari ini.

Menurut Datuk Nizam, kementeriannya kini dalam proses pewartaan tanah yang telah dikenal pasti untuk projek berkenaan.

“Anggaran kos sebenar dan jangka masa pelaksanaan projek ini akan diperincikan selepas semua prosedur dipatuhi, seperti proses pengambilan tanah dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Tambah beliau, satu lawatan ke tapak yang dicadangkan telah diadakan pada 18 Julai lalu bersama ADUN Membakut dan pegawai kementerian.

“Kementerian dalam proses mengenal pasti keperluan teknikal dan kesesuaian tapak termasuk keluasan tanah, akses jalan, utiliti asas serta potensi pembangunan jangka panjang bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan,” ujarnya.

Sementara itu, menjawab soalan ADUN Sungai Manila mengenai pembinaan Mini Kompleks Sukan Sungai Manila, Datuk Nizam memaklumkan bahawa kementerian akan mempertimbangkan cadangan projek tersebut di bawah rancangan Malaysia akan datang, tertakluk kepada ketersediaan tapak tanah yang sesuai dan kelulusan peruntukan kerajaan.

Beliau menjelaskan bahawa setakat ini belum ada tapak tanah yang dikenal pasti untuk pembinaan mini kompleks sukan tersebut.

“Jarak Kompleks Sukan Sandakan dengan Sungai Manila adalah berhampiran, dan semua aktiviti sukan dari Sungai Manila boleh dilaksanakan di Kompleks Sukan Sandakan yang kini dalam proses naik taraf bagi meningkatkan kemudahan serta kualiti fasiliti sedia ada,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal