KO-NELAYAN bakal laksana 8 program dan 28 projek di bawah RMK13

Ko Nelayan3

KOTA KINABALU: 14 Februari 2026 – KO-NELAYAN mendapat peruntukan RM108,488,260 untuk melaksanakan lapan program dan 28 projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), mampu memberi impak terbaik kepada nelayan laut dan nelayan darat.

Setakat ini KO-NELAYAN berjaya membelanjakan sekitar 90 peratus daripada peruntukan berjumlah RM38,786,259, sekali gus memberi impak melalui pelaksanaan pelbagai projek di bawah KO-NELAYAN.

Ko Nelayan1b

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar dalam ucapannya pada Malam Apresiasi KO-NELAYAN 2026 di Hotel Marriott Kota Kinabalu kelmarin turut menegaskan kepada semua ketua jabatan supaya mengurangkan masa di pejabat dan lebih banyak berada di lapangan.

“Di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, kita perlu turun padang, menyelesaikan masalah pelanggan dan membantu mereka mengusahakan yang terbaik supaya dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berharap hubungan kerjasama yang erat dan kukuh dalam kalangan warga KO-NELAYAN terus diperkasakan bagi memastikan organisasi itu mencapai kecemerlangan.

Jamawi berharap lima tahun perkhidmatannya sebagai menteri bertanggunjawab dapat menjaga nelayan dan petani, sekurang-kurangnya membawa impak berkesan untuk menambah pendapatan.

Dalam masa sama, kementeriannya berusaha memperkasa inisiatif Keben Dapur.

“Pelaksanaan inisiatif kebun dapur bukan sekadar pemberian subsidi, tetapi galakan dengan memberi peluang kepada mereka mendapatkan bahan tanaman pada diskaun terbaik,” jelasnya sambil memaklumkan pelancaran oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor  di Tuaran, esok, 15 Februari.

Jamawi berkata, penganjuran Malam Apresiasi KO-NELAYAN itu bukan sahaja menjadi platform menghargai warga kerja, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang menjadi asas kecemerlangan perkhidmatan organisasi itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal