Tuesday, December 24, 2024

KM kutuk kekecohan di Tenom, minta semua bertenang

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berkata beliau mengutuk sebarang
kekerasan dan kekacauan dalam apa juga bentuk semasa Pilihan Raya Umum ke-15
(PRU15) ini.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai terutama penyokong mana-mana parti agar tidak emosi dan kekal tenang bagi memastikan kelancaran pilihan raya ini yang akan diadakan dalam masa dua minggu lagi.

Hajiji mengulas mengenai insiden di pusat penamaan calon di Tenom pagi tadi, yang
mana didakwa berlaku rusuhan apabila pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan
Demokratik Masyarakat (PKDM) Datuk Peter Anthony, ditolak oleh SPR.

Beliau menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat punca insiden berkenaan.

Sementara itu, Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Peter Anthony yang ditolak pencalonannya oleh SPR, menyuarakan rasa terkejut dengan perkembangan baharu yang melanda dirinya.

Peter berkata dia terkejut dengan keputusan SPR untuk menolak pencalonannya “pada saat-saat akhir”, kerana sebelum ini dia telah diberi nombor untuk memfailkan kertas pencalonannya.

Penolakan beliau itu dipercayai atas sabitan mahkamah terhadapnya dalam sau kes pemalsuan.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights