KKM Lengkapkan Laporan Cadangan Haramkan Vape

KUALA LUMPUR: 21 Ogos 2025 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melengkapkan laporan terperinci cadangan pengharaman rokok elektronik atau vape, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau menjelaskan laporan itu sedang disediakan oleh jawatankuasa kepakaran kementerian dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan.

Menurutnya, dokumen berkenaan akan menjadi asas penting dalam menentukan keputusan dasar kerajaan, termasuk isu penggunaan bahan terlarang dalam cecair vape yang dikesan mengandungi dadah.

Dzulkefly menegaskan bahawa fokus perbincangan kini beralih bukan lagi persoalan sama ada vape akan diharamkan, tetapi bila pengharaman tersebut akan dilaksanakan.

“It is no longer if we ban, but when will we ban,”ujarnya. Laporan tersebut akn dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jemaah Kabinet untuk tindakan lanjut.

Menteri Kesihatan menyatakan pendirian itu ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, sambil menekankan langkah mengharamkan vape yang dicemari dadah sebagai keutamaan.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal