Kisah Huminodun Karya Pelajar Sabah Terima Anugerah Emas The Queen’s Commonwealth

photo 2025 11 24 08 09 16

KENINGAU: Seorang pelajar tahun pertama program teknologi automotif Kolej Vokasional (KV) Keningau, Ferdiana Osmund, 16, telah berjaya mendapat anugerah emas dalam pertandingan penulisan esei antarabangsa yang berprestij iaitu The Queen’s Commonwealth Essay Competition melalui karyanya yang menceritakan pengorbanan legenda Sabah iaitu Huminodun.

 Pertandingan esei Bahasa Inggeris yang dianjurkan setiap tahun itu merupakan anjuran Royal Commonwealth Society yang berpangkal di United Kingdom. Ferdiana menerima keputusan penyertaannya pada 15 November 2025 melalui hantaran email.

photo 2025 11 24 08 09 26

Esei karya Ferdiana yang bertajuk “Huminodun: the spirit of sacrifice in Sabah’s sacred soil” menceritakan kisah asal Huminodun yang sanggup mengorbankan diri untuk kesejahteraan masyarakat kaum Dusun yang semasa itu mengalami kesukaran hidup akibat musim kemarau yang berpanjangan dan tanaman yang tidak menjadi.

Pengorbanan Huminodun menjadi pencetus kepada amalan dan tradisi yang terus dipraktikkan dan diingati oleh masyarakat Dusun sehingga kini. Malah, perayaan Kaamatan iaitu satu sambutan kebudayaan yang diraihkan setiap Mei dengan meriah di negeri Sabah adalah berasal daripada legenda Huminodun itu sendiri.

photo 2025 11 24 08 09 30

Dilahirkan di Tambunan dan membesar di Penampang, Ferdiana Osmund telah didedahkan dengan adat dan tradisi komuniti Kadazan-Dusun sejak kecil dan dia sentiasa berusaha untuk memainkan peranannya sebagai anak muda generasi masa kini untuk memelihara warisan budaya kaumnya. Dia berasa sangat terharu kerana hasil karyanya yang mempertengahkan cerita rakyat Sabah itu telah diiktiraf dengan anugerah emas melalui pertandingan yang terkemuka ini.

photo 2025 11 24 08 09 34

Pengarah kolej tersebut, Lumang anak Lang, mengucapkan tahniah kepada pelajar ini atas prestasi cemerlang dalam bidang penulisan Bahasa Inggeris. Dia berharap agar pencapaian ini terus mendorong para pelajar di kolej tersebut untuk sentiasa berusaha mengasah kemahiran bahasa mereka khususnya dalam aspek penulisan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal