Kereta rempuh bas persiaran, seorang wanita maut

Share the news

KOTA KINABALU: 24 April 2025 – Wanita berumur 40 tahun maut setelah kereta yang dinaikinya merempuh bas persiaran berhampiran Salut, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ASP Kasim bin Muda, siasatan awal menunjukkan kereta itu dipandu dari Salut mengarah ke Kg. Laya-laya, dengan tiba-tiba kehilangan kawalan pemanduan, kemudian terbebas ke kiri bahu jalan, lalu melanggar bahagian belakang bas persiaran yang sedang parkir di bahu jalan sebelah kiri.

Pegawai perubatan mengesahkan penumpang meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala, sementara pemandu lelaki berusia 19 tahun mengalami patah kaki dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memandu dalam keadaan berhati-hati dan sentiasa patuh kepada peraturan lalulintas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal