Kemenangan kedua suntik keyakinan Nicholas menjelang SUKMA

b42bc8d2 a336 45b1 aa39 3b61294b79cd 729A6A09 087B 4032 AEB5 8331ECCB15E5

KOTA KINABALU: 17 Julai 2026 – Nicholas Wong Liang Hong meneruskan rekod cemerlang dalam arena tinju profesional apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Steverine Bin Marcus dalam perlawanan kedua BAM Championship di Dewan Tertutup Putatan, hari ini.

Nicholas berkata pertarungan itu berlangsung mengikut perancangan, namun mengakui masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan prestasinya pada masa akan datang.

ebf3052b ece9 496b 8f32 0f3753880083 09A4B0E0 34AF 44FC 8981 646CE7F32B1A

“I think it went according to my plan, but definitely have some improvements. My opponent was good also. He knew what to do, so I was just trying to work around that,” katanya.

Beliau berkata, Steverine bukanlah lawan yang mudah kerana memiliki pengalaman yang luas. Justeru, beliau sudah menjangkakan lawannya akan hadir dengan persiapan rapi dan segala corak permainan yang dipamerkan sepanjang pertarungan adalah seperti yang telah dijangkakan.

ca5ac0e0 7394 4484 8970 c70e0e6c530e B8628542 F8DB 47B7 83EC F18F65BE312E

“I know my opponent is quite experienced, so I came in expecting him to be well prepared. Everything he did, I expected him to do,” katanya.

Menurut Nicholas, kekuatan utama Steverine adalah ketika bertarung pada jarak dekat, menyebabkan beliau memilih strategi mengawal jarak selain memastikan setiap percubaan lawannya untuk merapatkan kedudukan dibalas dengan serangan balas.

Beliau berkata, strategi itu membolehkannya mengawal rentak pertarungan sehingga tamat perlawanan.

Sebagai persediaan menghadapi BAM Championship, Nicholas menjalani kem latihan selama dua bulan dengan rutin latihan enam hari seminggu dan berehat sehari setiap minggu.

Kemenangan itu menyaksikan Nicholas kini mencatat dua kemenangan dari dua perlawanan profesional, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah sejak beralih ke arena profesional.

Nicholas turut menyifatkan pertarungan itu sebagai pengalaman berharga yang akan membantunya memperbaiki kelemahan bagi menghadapi cabaran seterusnya, selain merakamkan penghargaan kepada Steverine atas saingan yang diberikan.

“Thank you for coming in well prepared. Thank you for giving me a good fight. It’s definitely a learning experience and I can improve from this and be better in the next one,” katanya.

Beliau turut mendedikasikan kemenangan itu kepada jurulatih, keluarga dan seluruh pasukannya yang sentiasa memberi sokongan serta banyak berkorban sepanjang kem latihan sehingga membolehkannya mencatat kemenangan kedua dalam karier profesional.

Selepas BAM Championship, Nicholas akan mengalihkan tumpuan kepada persiapan mewakili Selangor pada temasya SUKMA.

“Next I got SUKMA actually. I’ll be competing in SUKMA under Selangor team. So yeah, just preparing and looking forward to that also,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal