Kebakaran belum reda, ditambah enam gunung berapi Indonesia meletus

3FB00469 E97D 408A A7E9 C1EA9B27B9CA 8A57282F C7D1 4761 9793 6BF7D34DE2DA

JAKARTA: 8 September 2026 — Enam gunung berapi di Indonesia mengalami erupsi hampir serentak pada 31 Ogos lalu, ketika kebakaran hutan dan lahan masih belum reda di beberapa kawasan Kalimantan.

Gunung terbabit ialah Gunung Ibu di Maluku Utara, Gunung Semeru di Jawa Timur, Gunung Lewotobi Laki-laki dan Gunung Ili Lewotolok di Nusa Tenggara Timur, Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda dan Gunung Sinabung di Sumatera Utara.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) menegaskan erupsi itu tidak saling mencetuskan kerana setiap gunung mempunyai sistem magma berbeza.

Erupsi berterusan apabila Gunung Sinabung kembali meletus pada 2 September, manakala Gunung Anak Krakatau meletus selama kira-kira 25 jam bermula malam 4 September hingga awal pagi 6 September.

Letusan Anak Krakatau menjejaskan operasi lapan lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, dengan lebih 1,500 penerbangan terjejas.

Abu vulkanik ditiup angin hingga ke Jakarta dan kawasan sekitar, menyebabkan rumah, jalan dan kenderaan diselaputi debu, sekali gus menjejaskan aktiviti harian penduduk.

Di Selat Sunda, kapal diingatkan berhati-hati berikutan risiko abu vulkanik yang boleh menjejaskan jarak penglihatan.

Gunung Anak Krakatau kekal pada Level III manakalah PVMBG terus memantau aktiviti gunung berapi dan mengingatkan masyarakat mematuhi kawasan larangan yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal