Kanak-Kanak 9 Tahun Hilang, Dikhuatiri Lemas di Sungai Benoni

photo 2025 09 24 13 22 14

PAPAR: 23 September 2025 – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Kampung Benoni.

Mangsa dilaporkan hilang selepas terjun ke sungai berkenaan sebelum tidak kelihatan naik semula.

Kejadian itu disedari oleh rakan-rakannya dan memaklumkan kepada orang kampung.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 7.20 malam.

Pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar seramai sembilan orang digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 7.43 malam.

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan di sekitar lokasi kejadian dengan tumpuan di permukaan sungai serta kawasan tebing.

Operasi berkenaan diteruskan sehingga mangsa ditemui dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Kupikupifm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal