Kalabakan Bakal Jadi Benteng Keselamatan Baharu ESSZONE

photo 2025 11 03 15 19 47

KALABAKAN: 3 November 2025 — Daerah Kalabakan dijangka muncul sebagai benteng keselamatan baharu di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) menerusi pelancaran projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kalabakan yang bakal memperkukuh kehadiran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan berkenaan.

photo 2025 11 03 15 03 08

Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution Ismail, di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Kalabakan, disaksikan kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM.

Projek pembinaan di atas tanah seluas 15 ekar milik Kumpulan Yayasan Sabah itu akan dilaksanakan oleh PBLT Sdn. Bhd., dan dijangka meningkatkan keupayaan operasi polis di kawasan yang sedang pesat membangun.

Menurut Saifuddin, penubuhan IPD baharu amat signifikan dalam memastikan kesiapsiagaan keselamatan di Kalabakan terus terjamin, sejajar dengan pertumbuhan penduduk dan keperluan fasiliti moden dalam kawasan strategik ESSZONE.

Tegasnya, kerajaan komited memperkukuh keselamatan di Pantai Timur Sabah melalui penambahan aset dan pembangunan infrastruktur keselamatan baharu, sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kehadiran polis.

photo 2025 11 03 15 03 03

Antara yang hadir termasuk SAC Datuk Azmi Abdul Rahim, ACP Datin Laila Sagir, ACP Alhusin Halil, ACP Sabarudin Rahmat, serta pegawai kanan ESSCOM dan PGA Tawau.

IPD Kalabakan itu dijangka menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat antara kerajaan pusat, kerajaan negeri dan PDRM dalam memperkukuh keselamatan serta kestabilan di Pantai Timur Sabah.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal