Tuesday, December 24, 2024

Dr Jeffrey mahu kejar hak kewangan Sabah, rayu dipilih PRU15

Gambar menunjukkan Datuk Seri Panglima Dr Jeffery Kitingan bersama pemimpin masyarakat Cina Keningau.

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, beliau mesti menang kerusi parlimen di Keningau bagi membolehkannya terus mengejar hak kewangan Sabah yang bernilai berbilion ringgit.

“Kalau saya tiada di sana (parlimen) hak-hak kita terhadap tuntutan 40 peratus dan MA63 akan hilang,” katanya.

Beliau merujuk kepada hak Sabah ke atas pulangan bersih 40 peratus hasil yang dipungut oleh kerajaan pusat dan tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menggaris jaminan memastikan Kuala Lumpur tidak mengikis hak-hak Sabah sebelum menyertai gagasan Malaysia.

Jeffrey adalah menteri yang mempengerusi jawatankuasa MA63 di peringkat negeri dan duduk sebagai ahli Jawatankuasa Khas MA63 di peringkat kerajaan pusat.

Gambar menunjukkanDatuk Seri Dr Jeffery Kitingan bersama pemimpin masyarakat Cina Keningau.

Jeffrey yang akan mempertahankan kerusi parlimen Keningau dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini, berkata inilah antara sebab utama dia mesti dipilih ke parlimen.

“Ini sebab kenapa kita mesti ada pemimpin yang memahami tentang MA63 dan hak-hak Sabah di dalam persekutuan. Kalau saya tiada di sana, hak-hak kita terhadap tuntutan 40 peratus akan hilang,” katanya.

Menjelaskan mengenai 40 peratus hasil itu Katanya, kerajaan pusat sebenarnya telah menganggap perkara itu sudah selesai selepas membayar RM125.6 juta geran khas kepada negeri Sabah awal tahun ini.

“Saya diberitahu bahawa RM125.6 juta itu hanya bayaran interim sehingga kita mendapat bayaran 40 peratus itu. Tetapi bila keluar gazet dari kerajaan pusat mereka kata ini sebagai ganti 40 peratus.

“Dalam mesyuarat ada senarai perkara yang sudah selesai dan belum selesai. Saya lihat perkara tentang 40 peratus itu telah dimasukkan dalam senarai perkara yang sudah selesai.

“Jadi, saya tuntut agar dimasukkan semula dalam senarai perkara yang belum selesai walaupun mereka sudah membayar Sabah RM125.6 juta,” katanya di majlis makam malam bersama pemimpin masyarakat Cina di sini, semalam.

Katanya, walaupun kerajaan persekutuan telah mengembalikan beberapa kuasa kepada Sabah, dia masih berusaha untuk mendapatkan hak yang lebih besar iaitu hak kewangan.

“Tanpa kewangan, kita tidak dapat menbangunkan negeri kita ini. Kita akan sentiasa minta dari kerajaan pusat. Kita akan sentiasa miskin,” katanya.

Menurutnya, jumlah pungutan bersih hasil yang dipungut oleh kerajaan persekutuan dari Sabah adalah berjumlah RM60 billion setahun.

Jika RM10 billion daripada jumlah RM60 billion diambil untuk pelbagai bentuk pembayaran seperti geran jalan raya dan sebagainya, maka jumlah selebihnya adalah RM50 billion dan setelah ditolak 40 peratus sebagai pulangan hasil kepada Sabah, negeri ini bakal mendapat RM20 billion setiap tahun.

Jumlah sedemikian katanya mampu menjana perubahan soio-ekonomi dan peningkatan kehidupan rakyat Sabah.

“Inilah perjuangan saya yang belum selesai. Saya mohon dipilih semula ke parliamen supaya saya boleh terus mengejar hasil ini untuk Sabah,” kata Kitingan.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights