Hulu Sungai Bayayo Perlu Sistem Penggera Kecemasan

Share the news

KENINGAU: 27 Mac 2025 – Hulu sungai Bayayo memerlukan penggera kecemasan untuk memberi amaran awal kepada penduduk sekitar tentang kehadiran bencana banjir, kata Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan setelah mengikuti taklimat bencana dari Pegawai Daerah Keningau Peter Jonu Moijil, Timbalan Ketua Pengarah JPS (Sektor Pakar) Miklin Ationg, Jurutera JPS Ir Dachord J. Mojuing, dan Timbalan Pengarah Taman-taman Sabah Maipol Spait di Pejabat Daerah Keningau hari ini.

Difahamkan setakat dari bulan Februari hingga Mac tahun ini, daerah itu telah empat kali dilanda banjir. Sekitar lima belas buah kampung terkesan, tiga buah kampung yang parah iaitu Kampung Kauran, Kampung Linkudau dan Kampung Gasabon, Apin-apin.

Runtuhan yang membawa lumpur, batu dan kayu hampir 2 Km panjang di hulu sungai Bayayo, iaitu sekitar 18 Km dari Kampung Bandukan, Bingkor menyebabkan air sungai Bayayo keruh.

Antara perkara yang mendesak akibat bencana banjir yang telah menyebabkan kerosakan harta benda seperti rumah, kenderaan dan peralatan rumah.

Kitingan seterusnya melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Dato’ Angian Andulag, Apin-apin dan menzahirkan simpati kepada para mangsa serta berusaha membantu mereka untuk mengurangkan beban akibat bencana itu.

G-Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal