KENINGAU: 10 Mac 2026 — Hospital Keningau menafikan dakwaan satu infografik tular di media sosial kononnya peningkatan kes Tuberkulosis (TB) di daerah Sook dan Keningau.
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysisa (KKM) menegaskan bahawa maklumat yang sedang tersebar itu bukan kenyataan rasmi pihak hospital atau warga kerjanya.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat kesihatan yang tidak sahih kerana ia boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Orang ramai disaran merujuk maklumat kesihatan dari sumber rasmi seperti KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah atau kenyataan rasmi Hospital Keningau bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat dan boleh dipercayai.
Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
