ISKANDAR PUTERI: 9 September 2025 – Skuad Harimau Malaya meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Palestin 1-0 dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim.
Gol tunggal perlawanan hadir seawal minit ketiga menerusi penyerang naturalisasi, Joao Figueiredo, yang menyempurnakan hantaran lintang Quentin Cheng dari sebelah kanan.
Jaringan itu menjadi pemisah dalam perlawanan yang berlangsung sengit sehingga ke wisel penamat.
Cklamovski melakukan tujuh pertukaran pemain berbanding aksi menentang Singapura minggu lalu, dan strategi itu jelas berhasil apabila skuad negara mengekalkan disiplin serta kestabilan taktikal dalam permainan.
Kemenangan berdepan Palestin, yang berada dalam kelompok 100 terbaik dunia dan layak ke Piala Asia, menyusul selepas kejayaan menundukkan Singapura minggu lalu.
Dengan dua kemenangan berturut-turut, fokus kini beralih kepada persiapan kelayakan Piala Asia AFC yang bakal berlangsung Oktober depan.
Sumber: Astro Awani

