Hakim, Majistret Wajar Diletak Sepenuhnya di Bawah Kehakiman – Jeffrey

IMG 20250912 142943 382

KOTA KINABALU: 12 September 2025 – Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret perlu diletakkan sepenuhnya di bawah badan kehakiman bagi menjamin kebebasan institusi kehakiman tanpa campur tangan luar, kata Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan.

Pelantikan dan urusan tatatertib hakim serta majistret ketika ini masih berada di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang turut dianggotai pegawai eksekutif kerajaan, jelasnya.

Keadaan itu membuka ruang campur tangan politik dan boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kebebasan mahkamah.

Beliau menegaskan kebebasan kehakiman yang sebenar hanya dapat dicapai sekiranya pelantikan dan tatatertib hakim serta majistret dikendalikan sepenuhnya oleh Ketua Hakim Negara bersama hakim-hakim kanan, selaras dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.

Dalam masa sama, beliau menyokong usaha Kerajaan Persekutuan untuk memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, yang disifatkan sebagai pembaharuan penting bagi mengelakkan konflik kepentingan.

Menurutnya, pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta penempatan penuh mahkamah bawahan di bawah badan kehakiman merupakan dua langkah penting untuk menjamin keadilan yang bebas, tidak berpihak dan berwibawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal