Hajijii yakin kubu kuat Warisan di Semporna akan jatuh ditangan GRS
Nilam Raon
SEMPORNA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas kubu kuat Warisan bagi kerusi Parlimen Semporna dan Dewan Undangan Negeri Bugaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada Sabtu ini.
“Tidak mustahil kami dapat rampas kedua-dua kerusi itu,” kata Pengerusi GRS Sabah, Datuk Seri Panglima HajiHajiji Haji Noor.
Katanya, walau calon GRS dan BN dilabel sebagai ‘underdog’ dan bertemu pula dengan saingan yang bukan calang-calang namun tidak mustahil kemenangan boleh dicapai di kubu kuat Warisan itu.
“Walau cabaran paling besar kerana berdepan Presiden Parti Warisan namun dalam politik tidak ada yang mustahil dan saya rasa ini kali ‘ayam tambatan’ yang kita ketengahkan oleh GRS dan BN boleh meraih kemenangan,” kata Ketua Menteri ini.
Beliau menjelaskan bagaimana dahulu Datuk Abdillah tidak disangka boleh menang menentang lawan Tun Sakaran dan kini sejarah itu pasti berulang kerana calon-calon muda ini ada ‘feng shui’ untuk menang.
Hajiji berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Semporna yang turut dihadiri calon Nixon Abd Habi (GRS) dan Abd Aziz Mohd Ibno (BN) di Semporna hari ini.
Menurutnya, Semporna yang terkenal sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia perlu disempurnakan pembangunan dan kemajuannya.
“Kita ‘reset’ Semporna saya pinjam sedikit cogan kata saudara saya Datuk Seri Panglima Shafie yang katanya mahu ‘reset’ Sabah tapi saya mahu ‘reset Semporna, untuk itu kita tidak ada pilihan perlu pilih calon dari kerajaan GRS dan BN, mesti pilih calon yang boleh membawa kemajuan dari Semporna,” katanya lagi.
Beliau berkata, pengundi di kawasan itu perlu menberi kemenangan kepada kedua-dua calon kerajaan di kerusi itu untuk memastikan pembangunan dan kemajuan yang lebih mampan di kawasan itu dapat dilaksanakan.
“Saya beri jaminan kalau dua-dua ‘kuda’ ini menang kita akan tunaikan permintaan untuk mengatasi masalah penempatan di Kg. Simunul dan Kg Bangau-Bangau. Kita akan usulkan pembinaan jambatan Pulau Bum-Bum dan atasi isu prasarana awam serta kediaman mangsa kebakaran,” ujarnya.
Pada masa yang sama katanya, kerajaan negeri akan mewujudkan keperluan perkhidmatan feri dari tanah besar ke Pulau Bum-Bum sebelum terbinanya jambatan itu.
“Saya akan pastikan ianya berlaku, saya akan minta Jabatan Kerja Raya dan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Ketua Menteri untuk meneliti keperluan perkhidmatan feri ini,” katanya lagi.
– Tv Sabah News
0 Comments