Hajiji laksana tanggungjawab mengundi di SK Serusop
Mohd Syukrie Johary
TUARAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datuk Juliah Salag bersama penduduk di daerah ini melaksanakan kewajiban dengan membuang undi pilihan raya parlimen di SK Serusop Tuaran pada jam 3.13 petang Sabtu.
Beliau bersama lebih sejuta pengundi Sabah keluar mengundi hari ini (Sabtu) untuk memilih ahli parlimen yang akan membentuk kerajaan pusat di Kuala Lumpur.
Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Tuaran, Datuk Joniston Bangkuai sebelum itu mengundi di Sekolah Kebangaan (SK) Malanggang, Kiulu, pagi Sabtu.
Beliau tiba di pusat pengundian itu jam 10 pagi dan selesai menunaikan tanggungjawab dalam masa beberapa minit kemudian.
Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau pula mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad, Kiulu.
Tangau bersama isteri, Dr Jainah Sintian mengundi jam 9.50 pagi.
Calon Barisan Nasional (BN) Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengundi di SK Serusop, Tuaran, jam 1.45 petang.
– Tv Sabah News
0 Comments