Guarana mampu tingkatkan pendapatan rakyat – Jeffrey

WhatsApp Image 2025 09 21 at 7.30.19 PM

TAMBUNAN: 21 September 2025 – Guarana mampu meningkatkan pendapatan rakyat, khususnya golongan B40. Jika dijadikan industri berskala besar, ia akan melonjakkan ekonomi Sabah sekaligus menyumbang kepada ekonomi Malaysia, kata Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan di Majlis Perasmian & Pelancaran Pembelian Hasil Guarana, dan Penyerahan Bibit Guarana Percuma di Dewan Terbuka Pisompuruan Square, kelmarin.

Jelasnya, guarana merupakan sejenis tanaman yang berasal dari Brazil, kini selamat ditanam selepas melalui kajian intensif oleh universiti tempatan termasuk UKM.

Beliau memberi jaminan bahawa guarana tidak tersenarai dalam tanaman berbahaya dan berpotensi menjadi komoditi baharu bernilai tinggi di Sabah.

2

Setiap keluarga B40 menerima 5 bibit guarana percuma (bernilai RM250) yang mampu menghasilkan pulangan lumayan selepas 2–3 tahun.

“Bayangkan, selepas 3 tahun, satu pokok guarana boleh menghasilkan 40kg × RM60/kg = RM2,400, dan jika menanam 5 pokok, jumlahnya boleh mencecah RM12,000 setahun,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Cupana Group turut memberi jaminan pembelian hasil dengan harga pasaran semasa serta menyediakan khidmat nasihat teknikal kepada para penanam.

Majlis itu turut memperkenalkan skim Takaful Kasih Plus, iaitu perlindungan insurans khas secara percuma kepada penanam baharu dengan 30 pokok atau lebih. Program itu memberi jaminan keselamatan kewangan kepada pekebun dan keluarga mereka.

COD Cupana Group, Dato’Paduka Syed Alwi menegaskan bahawa mereka sentiasa mengutamakan pematuhan undang-undang, dan pematuhan penuh kepada semua garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri mahupun persekutuan.

“Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan telah memberikan sokongan yang konsistan terhadap pembangunan guarana sebagai komoditi baharu untuk Sabah dan Malaysia. Beliau memahami kepentingan sosiao-ekonomi projek ini dan berdiri bersama pekebun untuk memastikan manfaatnya dirasai rakyat,” ujarnya.

Majlis itu turut disertai dengan penyampaian kontrak perjanjian bersama pekebun, pelancaran simbolik pengagihan bibit percuma, dan sesi menandatangani perjanjian ladang kontrak.

Cupana percaya guarana bukan sahaja mampu menjadi game-changer dalam sektor pertanian bernilai tinggi, malah sebagai pemacu transformasi ekonomi luar bandar dengan jaminan perlindungan kewangan yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal