Monday, December 23, 2024

GRS sokong Muhyiddin sebagai PM ke-10

KOTA KINABALU: Selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sehari selepas pilihan raya umum pada Sabtu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memutuskan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, GRS bersedia memberi komitmen itu demi untuk kepentingan rakyat dan tanah air.

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin semalam (20 Nov) dan memutuskan untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Kami juga bersetuju membentuk kerajaan Persekutuan bersama Perikatan Nasional (PN) bersama parti dari Sarawak iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta parti-parti lain yang bersedia untuk membentuk kerjasama,” kata Ketua Menteri itu dalam satu kenyataan, Isnin.

GRS berpendapat Kerajaan Persekutuan perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan Kerajaan dapat berfungsi sepenuhnya, khususnya dalam memuktamadkan penggubalan belanjawan untuk tahun 2023.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights