Fiesta Mega Raya 2026 Festival Aidilfitri Terbesar di Sabah

photo 2026 01 16 20 53 38

KOTA KINABALU: 16 Januari 2026 – Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 dijangka mencipta rekod festival Aidilfitri terbesar di Sabah dengan sasaran kehadiran lebih 200,000 pengunjung sepanjang penganjuran selama 12 hari, bermula 7 hingga 18 Mac 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC).

Acara berkenaan menggabungkan jualan Aidilfitri, persembahan hiburan, makanan dan minuman, pameran produk halal, zon tematik serta pelbagai aktiviti kekeluargaan bagi menyediakan pengalaman perayaan yang lebih tersusun, moden dan bertaraf antarabangsa.

Tarikan utama FMR 2026 ialah penyertaan ratusan vendor terpilih, persembahan artis dan selebriti, aktiviti pentas harian serta zon interaktif yang dirangka bagi menarik kehadiran pengunjung dari Sabah, Sarawak, Labuan, Brunei Darussalam dan pelancong antarabangsa.

photo 2026 01 16 20 39 23

Menurut Pengerusi Penganjur, Zainudin bin Kamaruddin, festival tersebut bukan sahaja dianjurkan untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri, malah berperanan sebagai pemangkin kepada manfaat ekonomi negeri.

“Fiesta Mega Raya bukan sekadar festival perayaan, sebaliknya platform berimpak tinggi untuk memperkasa usahawan tempatan, merancakkan industri ekonomi kreatif serta mempromosikan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta,” katanya.

photo 2026 01 16 20 39 32

Sementara itu, Pengarah Eksekutif FMR 2026, Hamizul Hafeez , menjelaskan bahawa perancangan festival ini dirangka secara teliti dengan penekanan terhadap aspek kualiti, keselamatan dan pengalaman pengunjung.

“Fiesta Mega Raya 2026 dirancang secara menyeluruh dengan sokongan rakan-rakan strategik dan penglibatan vendor demi memastikan penganjuran yang lebih berkualiti, selamat dan memberi nilai tambah kepada semua pihak,” jelasnya.

Penganjuran FMR 2026 turut mendapat sokongan rakan strategik termasuk SICC sebagai venue rasmi, agensi kerajaan, rakan media dan syarikat korporat serta pemain industri utama.

photo 2026 01 16 20 53 43

Orang ramai dijemput memeriahkan Fiesta Mega Raya 2026 dan menikmati pengalaman Aidilfitri yang lebih berkelas dan serba baharu, selari dengan tagline rasmi acara, ‘Raya Paling Meriah Bah!’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal