Festival Seni Silang Budaya 2025 Bukti Keberhasilan Manifesto Totu Daniel Ally Victor

photo 2025 12 06 22 00 24

SANDAKAN: 6 Disember 2025 — Manifesto Totu Daniel Ally Victor selaku Randawi Tavantang Kaamatan Daerah Beluran, Peringkat Negeri Sabah KDCA 2025 membuahkan kejayaan besar apabila beliau berjaya menganjurkan Festival Seni Silang Budaya Pantai Timur Sabah 2025 dengan pencapaian yang memberi impak positif kepada masyarakat pelbagai etnik di negeri ini.

photo 2025 12 06 21 59 30
photo 2025 12 06 21 59 39

Sejak hari pertama persiapan, Totu Daniel menyusun alat tradisi, pakaian etnik dan hiasab dewan dengan teliti bagi memastikan setiap pameran tampil kemas, teratur dan bersedia menerima pengunjung.

photo 2025 12 06 22 00 15

Usaha itu berhasil menarik kehadiran masyarakat daripada pelbagai latar budaya termasuk Bangsa Suluk, komuniti KDMR, penjawat awam serta penggiat seni tempatan.

photo 2025 12 06 21 59 43

Festival tersebut turut mengetengahkan penerangan mengenai sejarah alat tradisi KDMR yang disampaikan oleh Totu Daniel sendiri, sekali gus menggalakkan masyarakat mengenali, menghargai dan mempelajari tradisi tempatan.

photo 2025 12 06 22 00 10

Kemuncak sambutan pada hari-hari berikutnya diserikan dengan pertandingan Busana Cilik, gerai makanan tradisi dan persembahan seni yang merangkumi tarian serta demonstrasi budaya daripada pelbagai kaum.

photo 2025 12 06 22 00 20

Totu Daniel bersama panel juri memastikan setiap aktiviti berjalan lancar tanpa elemen persaingan yang boleh memecahbelahkan, sebaliknya menekankan semangat perpaduan melalui kepelbagaian budaya.

Majlis penutup disempurnakan bersama Alumni RTK 2025 dan Top 7 Unduk Ngadau, disusuli persembahan budaya seperti silat, Pangalay, Igal Pangalay Cilik dan tarian Budjang Vinta Layag.

photo 2025 12 06 22 00 02

Penyampaian hadiah dan penghargaan kepada para peserta menandakan kejayaan keseluruhan festival yang menjadi platform rasmi pertama di bawah MOTAC untuk mempersembahkan seni silang budaya Sabah.

photo 2025 12 06 21 59 55

Penganjuran festival ini membuktikan keberhasilan manifesto Totu Daniel melalui usaha memartabatkan seni dan budaya KDMR, mempromosikan tradisi etnik Sabah, meningkatkan penglibatan masyarakat majmuk serta menyemai kesedaran generasi muda terhadap sejarah dan warisan budaya.

photo 2025 12 06 21 59 35

Festival ini telah mencipta pengalaman yang meriah, inklusif dan bermakna, seterusnya menyerlahkan bahawa kepelbagaian budaya Sabah mampu diperkukuh melalui penganjuran program berstruktur dan kreatif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal